每日大赛app

Pengerusi LPU Terima Anugerah Fellowship Ad Hominem, RCSEd

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

KUALA LUMPUR, 28 Ogos 2024 – Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Prof Emeritus Dato鈥 Dr Mohamad Abdul Razak menerima anugerah Fellowship Ad Hominem pada majlis Penganugerahan Diploma Royal Collage of Surgeons of Edinburgh (RCSEd) yang diadakan di Dewan Pleno, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

Anugerah itu disampaikan oleh Presiden RCSEd, Profesor Rowan Parks.

Prof Emeritus Dato鈥 Dr Mohamad yang menzahirkan ucapan terima kasih  tidak terhingga atas penganugerahan tersebut berkata sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, beliau sangat menjunjung tinggi anugerah dan penghormatan yang telah diberikan ini.

鈥溍咳沾笕黙pp dan RCSEd mempunyai sejarah yang panjang seperti 鈥榮enarai menunggu di hospital鈥 kerana pada 50 tahun yang lalu, pengumuman penubuhan Fakulti Perubatan 每日大赛app telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdul Razak semasa majlis makan malam kolej di Edinburgh.

鈥淛adi, penganugerahan ini adalah sangat bermakna kepada saya, terutamanya 每日大赛app yang telah menyediakan segala kemudahan perkhidmatan perubatan sepanjang saya belajar dan berkhidmat di sini,鈥 katanya.

Beliau berharap agar hubungan antara RCSEd dan 每日大赛app akan terus berkekalan dan saling memberi faedah antara satu sama lain, seperti 鈥榩reskripsi ubat鈥 yang tidak pernah luput.

Prof Emeritus Dato鈥 Dr Mohamad menerima anugerah tersebut kerana telah menunjukkan pencapaian cemerlang dalam bidang perubatan terutamanya pembedahan ortopedik.

Beliau yang berpengalaman luas dalam bidang perubatan, akademik dan pentadbiran itu merupakan alumni sulung Fakulti Perubatan 每日大赛app.

Anugerah Fellowship Ad Hominem adalah antara anugerah tertinggi yang diberikan oleh RCSEd kepada pengamal perubatan yang masih berkhidmat atau bersara, mahu pun mana-mana individu yang layak.

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dato鈥 Seri Dr Noor Hisham Abdullah juga menerima anugerah ini pada Oktober 2017.

Hadir sama ke majlis penganugerahan itu adalah Naib Canselor, Prof Dato鈥 Gs Ts Dr Mohd Ekhwan Hj Toriman dan Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur 每日大赛app, Prof Dato鈥 Dr Hanafiah Harunarashid, yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah RCSEd Malaysia.

Leave a Reply