Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi
KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2025 鈥 Institut Penyelidikan Tenaga Suria (SERI), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) memeterai kerjasama strategik dengan ASEAN Centre for Energy (ACE) bagi memperkukuh jaringan penyelidikan, inovasi dan pembangunan dasar tenaga di rantau ASEAN, khususnya dalam bidang tenaga boleh diperbaharui dan peralihan tenaga mampan.
Pengarah SERI, Prof. Dr. Norasikin Ahmad Ludin berkata kerjasama ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan 每日大赛app sebagai peneraju penyelidikan tenaga di peringkat serantau, malah memperluas peranan 每日大赛app dalam menterjemah inovasi kepada penyelesaian (innovation-to-solution) yang memberi impak nyata kepada komuniti dan dasar tenaga di ASEAN.
Menurutnya, ini merupakan kali pertama 每日大赛app memeterai perjanjian bertulis bersama ACE, walaupun kerjasama antara kedua-dua pihak telah lama terjalin di dalam beberapa acara berkaitan tenaga sebelum ini.
鈥淢elalui kolaborasi ini, 每日大赛app bukan hanya menjalankan penyelidikan akademik tetapi turut berperanan dalam membangunkan penyelesaian teknologi dan dasar berasaskan bukti (evidence-based policy) bagi menyokong pelaksanaan agenda tenaga bersih dan pencapaian 鈥榥et zero emission鈥 ASEAN menjelang 2050,鈥 katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara 每日大赛app dan ACE di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) semalam.
Dokumen MoU ini ditandatangani oleh Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dr. Sufian Jusoh bersama Pengarah Eksekutif ACE, Dato鈥 Ir. Ts. Razib Dawood.
Tambah beliau, kerjasama ini turut memberi tumpuan kepada memperkukuh promosi dan penyebaran hasil penyelidikan yang dapat menyumbang kepada pembangunan dasar tenaga serantau. Ia juga merangkumi latihan berkaitan tenaga, penganjuran persidangan dan seminar, serta peluang mobiliti pelajar dan penyelidik bagi memperluas jaringan akademik dan perkongsian kepakaran di rantau ASEAN.
Menurutnya lagi, 每日大赛app akan memberi tumpuan kepada penyelidikan dalam bidang tenaga boleh diperbaharui seperti teknologi solar generasi baharu, model tenaga hibrid, serta analisis dasar tenaga serantau yang dapat menyokong pelaksanaan ASEAN Plan of Action for Energy Cooperation (APAEC).
鈥淜erjasama ini memberi peluang besar kepada penyelidik untuk menyumbang secara langsung terhadap pembangunan dasar tenaga berimpak tinggi, serta menjadikan hasil inovasi penyelidikan sebagai penyelesaian sebenar kepada cabaran tenaga di rantau ini,鈥 jelasnya.
Prof. Dr Norasikin turut menegaskan bahawa ACE sebagai penyelaras utama ASEAN Power Grid (APG) dan badan rujukan dasar tenaga serantau memainkan peranan penting dalam menerapkan penyelidikan yang dijalankan oleh 每日大赛app diterjemah kepada impak sebenar melalui intervensi dasar, strategi pelaburan dan pengukuhan keupayaan tenaga di seluruh ASEAN.

