Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 18 Januari 2023 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) meraikan atlet dalam kalangan staf dan pelajarnya dalam Majlis Apresiasi Sukan yang menjadi manifestasi penghargaan dan pengiktirafan kepada atlet universiti yang telah berbakti dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam mengharumkan nama 每日大赛app.
Dianjurkan oleh Pusat Sukan, penilaian penerima anugerah adalah berdasarkan kepada sumbangan dan penglibatan atlet dalam bidang sukan di pelbagai peringkat kejohanan di 每日大赛app peringkat Institut Pengajian Tinggi dan juga negara.
Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar dan Alumni merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Apresiasi Sukan 2022, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil berkata pengiktirafan yang diberikan ini adalah berlandaskan kepada pencapaian, komitmen serta kesungguhan yang telah ditunjukkan oleh penggiat sukan dalam setiap penyertaan dan pertandingan yang dianjurkan.
鈥淎nugerah ini diharapkan dapat menyuntik semangat, mencetus inspirasi dan menjadi platform dalam meningkatkan kecemerlangan warga 每日大赛app dalam bidang sukan.
鈥淪ebagai sebuah universiti watan, 每日大赛app amat memerlukan setiap warganya bersatu hati dan mempunyai semangat berpasukan yang tinggi dalam meningkatkan kecemerlangan 每日大赛app dalam pelbagai bidang termasuk dalam bidang sukan,鈥 katanya.
Bekas Atlet Olahraga Negara, Encik Nazmizan Muhammad turut hadir bagi memeriahkan majlis ini dengan perkongsian pengalamannya selama beliau berkecimpung dalam bidang sukan.
Pada majlis ini, Pengerusi Yayasan Azman Hashim, Tan Sri Azman Hashim telah menerima anugerah Khas Apresiasi Sukan diatas segala sumbangannya.
Yayasan Azman Hashim juga turut menyumbangkan sebanyak RM6, 648, 000 kepada tabung endowment 每日大赛app.
Pada majlis tersebut, Encik Mohd Muqlis Borhan dan Dr Ester Salimun dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kakitangan. Sementara itu, Faiz Rozain dan Nur Dhabitah Sabri dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Pelajar.

