Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim
BANGI, 29 Oktober 2024 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah mengimarahkan Sambutan Maulidur Rasul peringkat universiti dengan pelbagai aktiviti kerohanian.
Bertemakan 鈥淎l-Falah Pemacu Malaysia Madani鈥, sambutan ini diserikan dengan aktiviti seperti kuliah Cintakan Rasul, daurah, serta pertandingan tilawah al-Quran, hafazan, syarahan, dan nasyid.
Acara kemuncak sambutan ini menyaksikan perarakan seramai 2,520 peserta dari 35 kontinjen pusat tanggungjawab dan kolej kediaman yang berarak sejauh tiga kilometer bermula dari Dataran Panggung Seni.
Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak, berkata penganjuran ini memberi kesedaran kepada semua agar sentiasa berusaha memperbaiki akhlak dan meneguhkan jati diri sebagai seorang Muslim.
鈥淜ita selaku ummat Nabi Muhammad S.A.W wajar untuk sentiasa mengenang perjuangan Baginda Rasulullah S.A.W dalam menyebarkan dakwah Islam.
鈥淒engan hasil perjuangan dakwah Baginda Rasulullah SAW dan pengorbanan sahabat-sahabat Baginda, maka kita dapat mengecapi nikmat iman dan islam pada hari ini.
鈥淪elain itu, sama-samalah kita berusaha untuk mengamalkan sunnah Baginda SAW yang mulia dalam kehidupan kita dengan beramal secara menyeluruh dan bersungguh- sungguh.
鈥淪aya berharap agar semangat Maulidur Rasul yang disambut pada hari ini dapat menyemaikan rasa mahabbah (kasih dan cinta) kita yang berterusan dan berkekalan untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW,鈥 katanya.
Johan acara perarakan bagi kategori kolej kediaman jatuh kepada Kolej Keris Mas. Sementara itu, kategori PTJ pula dimenangi oleh Jabatan Bendahari.

