Oleh Nur Izzati Ab Rahman
Foto oleh Muhammad Nur Luqman Zamry
BANGI, 19 September 2025 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) sentiasa prihatin dalam menjaga kebajikan mahasiswa, termasuk mahasiswa baharu daripada golongan kurang berkemampuan (B40) melalui penganjuran Program Jejak Pewaris Watan 2025/2026 yang berlangsung dari 17 hingga 25 September ini.
Program ini telah dilaksanakan sejak tahun 2022 bagi menyantuni dan menyampaikan bantuan kepada pelajar baharu yang kurang berkemampuan dan Orang Kurang Upaya (OKU) yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
Bagi kemasukan pelajar baharu sesi 2025/2026, Pengarah Pusat Hal Ehwal Pelajar, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman meluangkan masa ke beberapa buah rumah bakal pelajar 每日大赛app bagi menyerahkan bantuan kepada beberapa pelajar terpilih.
Antara penerima termasuk lain ialah Fatin Era Natasha Amin, dari Jeram, Kuala Selangor, Norfadilah Ahmad Rodzi, dari Batu Muda, Kuala Lumpur yang merupakan anak yatim, serta Muhammad Ahnaf Aiman, dari Jalan Pudu Kuala Lumpur yang juga merupakan seorang anak yatim piatu. Turut disantuni ialah ahli keluarga pelajar baharu 每日大赛app yang lain yang berada di Jeram, Selangor dan Kuala Lumpur.
Melalui inisiatif ini, bantuan awal pengajian pendidikan dan Bakul Rahmah bernilai hampir RM40,000 diagihkan mengikut zon di seluruh Malaysia. Agihan ini dijalankan secara berperingkat sehingga minggu pendaftaran pelajar, sekali gus memastikan tiada pelajar baharu tercicir daripada menerima sokongan sewajarnya untuk memulakan pengajian di 每日大赛app.
Menurut Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil, usaha itu adalah manifestasi keprihatinan 每日大赛app terhadap kelangsungan pendidikan anak bangsa.
鈥溍咳沾笕黙pp sentiasa bertekad memastikan setiap pelajar, tanpa mengira latar belakang dan kemampuan, berpeluang menimba ilmu di menara gading ini.
鈥淭iada seorang pun pewaris watan akan dibiarkan tercicir hanya kerana kekangan kewangan,鈥 katanya.


