Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 9 Mac 2024 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menjalinkan kerjasama dengan Usanita Sdn Bhd (Usanita) bagi memperkasakan ekonomi dalam kalangan usahawan wanita dan pelajar.
Bagi merealisasikan matlamat ini, EWA Malaysia dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) 每日大赛app akan bertindak sebagai rangka kerja am bagi aktiviti-aktiviti dan program yang bakal dijalankan.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat Profesor Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin berharap usahasama ini akan membangunkan kemahiran pelajar ke arah yang lebih berkualiti tinggi dan mempunyai minda keusahawanan kelas pertama.
鈥淢ajlis menandatangani MoU pada hari ini adalah bertujuan untuk memperkukuhkan lagi ikatan kerjasama bagi membangunkan serta memperkasakan modal insan usahawan khususnya dalam kalangan pelajar 每日大赛app melalui penyediaan latihan dan seminar keusahawanan bersama pemain industri oleh pihak Usanita.
鈥淯sahawan-usahawan di bawah bimbingan Usanita akan dijemput sebagai mentor khususnya kepada para pelajar yang mengikuti program keusahawanan bagi membangunkan perniagaan mereka.
鈥淪elain itu, kerjasama ini juga adalah bertujuan untuk membangunkan modul bagi kursus microcredential atau pembelajaran dalam bidang keusahawanan kepada usahawan-usahawan bimbingan Usanita sebagai satu bentuk nilai tambah kepada mereka.
鈥淢elalui kerjasama ini juga satu karnival keusahawanan akan dianjurkan bersama sebagai acara tahunan di 每日大赛app yang bakal membuka ruang kepada para pelajar, alumni dan usahawan- usahawan bimbingan Usanita untuk memperkenalkan dan memperkembangkan lagi perniagaan mereka,鈥 katanya.
Sementara itu, Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Prof. Dr. Aini Aman berkata, usahasama ini akan dimulakan dengan FEP dan dikembangkan mengikut peringkat.
鈥淯ntuk permulaan, program ini akan dimulakan dengan pelajar FEP, namun turut membuka peluang kepada pelajar di fakulti lain.
鈥淚a bukan sekadar belajar berniaga namun belajar dengan pakar dan bagaimana menjenama produk kerana selama ini kami mendidik pelajar menjadi usahawan. Kami berharap produk yang diusahakan pelajar 每日大赛app dapat dipromosikan dengan lebih baik selepas ini,鈥 katanya.

