每日大赛app

Warga Emas di Malaysia Meningkat sebanyak 1.4 Juta Orang dalam Tempoh 10 Tahun

OlehShabira ‘Inani Md. Zaini & Munirah Ismail
Foto oleh Fakulti Sains Kesihatan

SHAH ALAM, 17 Oktober 2024 鈥 Jumlah warga emas di Malaysia menunjukkan peningkatan dalam tempoh 10 tahun iaitu daripada 2 juta orang pada tahun 2010 kepada 3.4 juga pada tahun 2020.

Dekan Fakulti Sains Kesihatan, Prof. Dr. Suzana Shahar berkata jumlah itu adalah hasil daripada data Banci Penduduk dan Perumahan 2020 yang menunjukkan peningkatan peratusan penduduk Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas.

鈥淢alaysia juga mencatatkan peningkatan jangka hayat kepada 75.6 tahun pada tahun 2020 berbanding 63.6 tahun pada tahun 1970.

鈥淪tatistik ini adalah panggilan untuk kita semua memberikan lebih perhatian terhadap aspek penuaan,鈥 katanya semasa majlis sambutan Hari Warga Emas, di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata warga emas yang mengalami penuaan secara sihat merupakan aset negara yang penting kerana golongan ini mampu memberi sumbangan besar kepada negara.

鈥淥leh itu, diharapkan masyarakat akan terus bersama-sama menggembleng  tenaga bagi memastikan kesejahteraan warga emas dipelihara dengan sebaiknya,鈥 katanya.

Pada majlis itu, kira-kira 500 orang warga emas dari kawasan sekitar Shah Alam hadir ke majlis itu yang dirasmikan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Dato鈥  Mohd Fauzi Mohd Yatim.

Bertemakan 鈥淜esejahteraan Warga Emas Bersama Komuniti鈥, program ini menyediakan pelbagai aktiviti seperti Senam Chairobic, sukaneka warga emas, demonstrasi masakan dan ceramah kesihatan.

Selain itu, turut diadakan saringan kesihatan secara percuma oleh profesional dari Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dan klinik kesihatan berdekatan seperti pemeriksaan gula dalam darah, saringan audiologi, saringan pergigian dan saringan kognitif. 

Majlis yang dianjurkan oleh Pusat Kajiaan Penuaan Sihat dan Kesejahteraan (HCARE) 每日大赛app, Majlis Bandaraya Shah Alam, Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) 每日大赛app dengan kerjasama Bait Al Mawaddah Lembaga Zakat Selangor, Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) Jalan Kebun, Masjid An-Naim dan Masjid Al-Falah turut menyaksikan pelancaran produk dan program baharu iaitu ABC Ageless, Mighty Mind Kit WE-RISE , TempeCal Chip dan SEHATI.

Pelancaran itu mencerminkan komitmen HCARE 每日大赛app untuk terus menyumbang kepada komuniti dalam bidang penuaan sihat dan kesejahteraan.

Leave a Reply