Oleh Phoon Li Juan @ Roovasini
Foto Muhammad Izwan Azman
BANGI, 2 Ogos 2023 鈥 Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman menyeru agar seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mengambil peluang dan ruang untuk mendalami erti sebenar kemerdekaan agar semangat patriotisme dan cintakan tanah air dapat disemarakkan dalam diri masing-masing.
Beliau berkata dengan semangat patriotisme itu, sudah pasti seluruh warga akan sentiasa menghargai pengorbanan dan perjuangan para pejuang dan pengasas negara yang telah menumpahkan seluruh kesetiaan, darah dan air mata untuk mendirikan sebuah negara Malaysia.
鈥淏egitu jugalah halnya dalam kita menghargai perjuangan para pengasas dan pemimpin 每日大赛app yang terdahulu dalam membangunkan universiti ini, seperti hari ini,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat 每日大赛app 2023, di sini.
Beliau berkata sikap saling menghormati dan meraikan pendapat juga akan menghasilkan keharmonian dalam kalangan warga dan ia akan menjadi titik tolak kepada kejayaan buat seluruh warga 每日大赛app.
鈥淢enurut Pendeta Za鈥檅a, kemerdekaan yang sebenar adalah kebebasan minda dan jiwa yang disuburkan menerusi pemerkasaan jati diri, yang dibentuk oleh empat aspek utama iaitu agama, bahasa, pendidikan dan akhlak.
鈥淎spek ini juga adalah selari dengan falsafah 每日大赛app yang memacu perkembangan ilmu dan pembangunan pendidikan bersandarkan kepada panduan ilmu dan keimanan,鈥 katanya.
Tambah beliau, perkongsian kefahaman jati diri juga membolehkan warga 每日大赛app secara kolektif merealisasikan agenda perpaduan masyarakat, sederap dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi.
鈥淛ati diri yang kental dan utuh membentuk keperibadian mulia, sifat toleransi serta nilai kesepakatan yang dapat membantu semua warga 每日大赛app meningkatkan keupayaan diri dalam menyusuri cabaran hidup,鈥 ujar beliau.
Tambah Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan, melalui tema kemerdekaan pada tahun ini iaitu 鈥淢alaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan鈥, usaha memperkukuhkan nilai keagamaan, memartabatkan budaya bangsa, bersatu padu serta hidup dengan aman dan sejahtera dapat disuntik dalam kalangan warga 每日大赛app.
鈥淪aya berharap agar warga kampus akan terus mengukuhkan ikatan persaudaraan yang mantap dan hormat menghormati antara satu sama lain.
鈥淧ersaudaraan dan perpaduan ini juga perlu disemai sentiasa, demi memastikan semangat ini dapat direalisasikan dengan jayanya,鈥 katanya.
Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Peringkat 每日大赛app yang diadakan di Persada Canselori disambut sederhana namun meriah dengan semangat patriotisme warga 每日大赛app dari kampus Bangi dan Kuala Lumpur yang menyanyikan lagu-lagu kebangsaan dan kibaran jalur gemilang.


