Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi
Kuala Lumpur, 16 Oktober 2025 鈥 Seramai 171 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima Sijil Profesional Kepimpinan PDRM Kalis Masa Depan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) bagi kohort pengajian tahun 2024 dan 2025 dalam satu majlis graduasi yang diadakan hari ini.
Program ini merangkumi tiga kategori utama, iaitu Sijil Profesional Penilai Kompetensi Kepimpinan Tertinggi dalam Kepolisan bagi pegawai berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) dan Senior Asisten Komisioner (SAC); Sijil Profesional Kepimpinan Strategik Kepolisan untuk pegawai berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP); serta Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan bagi pegawai berpangkat Superintendent.
Pengarah Pengurusan PDRM, CP Dato鈥 Sri Abdul Aziz Abdul Majid yang membaca teks ucapan Ketua Polis Negara, IG Dato鈥 Sri Haji Mohd Khalid Haji Ismail berkata inisiatif idealistik ini dilaksanakan bagi meningkatkan tahap profesionalisme pegawai kanan PDRM selaras dengan Pelan Strategik PDRM 2021-2025.
Tambahnya, para pegawai kanan yang bergraduasi merupakan perintis kepada usaha memperkemas kaedah pencarian lapisan kepimpinan muda atau pool of talent yang berpotensi untuk mengisi jawatan penting dan strategik dalam PDRM.
鈥淪ebagai pasukan penguatkuasa terulung di Malaysia, PDRM perlu diterajui oleh mereka yang berkompetensi, berkredibiliti, profesional dan berintegriti tinggi.
鈥淧rogram-program ini juga diyakini akan mampu memperkukuhkan daya kepimpinan menerusi pembangunan bakat berasaskan kompetensi.
鈥淢enerusi program-program kepimpinan seumpama ini, ia bukan sahaja dapat menjamin kelangsungan kepimpinan, yang unggul malah berupaya memacu penyampaian perkhidmatan kepolisan yang cemerlang dan berterusan seiring dengan penarafan world class policing,鈥 katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa inisiatif yang dilaksanakan melalui usaha sama antara PDRM dan 每日大赛app diharap dapat menjamin keupayaan modal insan kalis masa depan yang dinamik ke arah mengekalkan ekosistem keselamatan yang komprehensif dan efisien.
Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat berkata inisiatif ini bertujuan memperkukuh kepimpinan keselamatan negara dengan melengkapkan pegawai PDRM dengan kompetensi teras, pemikiran strategik, dan ilmu kalis masa depan.
Tambahnya, perubahan teknologi dan sosial masa kini memerlukan kepimpinan keselamatan yang kompeten serta berpegang teguh pada nilai ilmu dan integriti.
Justeru, inisiatif ini amat bertepatan dengan tuntutan semasa, jelasnya.
鈥淪elaras dengan aspirasi 每日大赛app sebagai pemangkin pembangunan negara, kami terus komited untuk menghasilkan modal insan berwibawa, termasuk dalam sektor keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan undang-undang.
鈥淧rogram kali ini bukan sekadar latihan profesional, tetapi juga suatu manifestasi nilai bersama yang kita junjung iaitu keilmuan, amanah, dan tanggungjawab kepada negara,鈥 kata Prof. Ts. Dr. Faizal yang mewakili Naib Canselor 每日大赛app.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua pegawai yang bergraduasi dan menyifatkan kejayaan ini sebagai bukti komitmen dan dedikasi mereka terhadap tanggungjawab serta kecemerlangan dalam perkhidmatan.

