Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi
BANGI, 15 Oktober 2025 鈥 Seminar Kebangsaan Fiqh Dakwah dalam Malaysia Madani anjuran Fakulti Pengajian Islam (FPI), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menumpukan perbincangan kepada peranan fiqh dakwah dalam memperkukuh kesejahteraan masyarakat seiring dengan aspirasi Malaysia Madani.
Seminar ini bertujuan merungkai pendekatan fiqh dakwah kontemporari yang relevan dengan aspirasi Malaysia Madani, membincangkan cabaran praktikal yang dihadapi para pendakwah, serta mencetuskan idea dan penyelesaian inovatif dalam metodologi dakwah.
Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat berkata dakwah pada hari ini tidak lagi boleh dilihat dengan kaca mata yang sempit dan rigid.
鈥淒akwah memerlukan kefahaman Fiqh Awlawiyyat (keutamaan), Fiqh Maqasid (memahami tujuan syariah), dan Fiqh Muwazanat (menimbang antara maslahat dan mafsadah).
鈥淒alam konteks Malaysia yang mempunyai kepelbagaian agama, bangsa dan budaya, pendekatan dakwah perlu lebih bijaksana, inklusif dan penuh dengan hikmah kebijaksanaan,鈥 katanya.
Menurutnya, konsep Madani yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri menekankan enam tonggak utama iaitu kesejahteraan, kemakmuran, kreativiti, hormat, keyakinan dan ihsan.
鈥淣ilai-nilai ini selari sepenuhnya dengan ajaran Islam yang universal.
鈥淢alaysia Madani adalah sebuah visi untuk membina sebuah masyarakat yang bukan hanya maju dari sudut material, tetapi juga unggul dari sudut spiritual dan akhlak.
鈥淒i sinilah, fiqh dakwah memainkan peranan yang sangat kritikal. Dakwah adalah nadi yang memastikan nilai-nilai murni seperti ihsan, hormat, dan keyakinan dapat disemai dan disubur dalam jiwa rakyat,鈥 katanya.
Beliau berharap agar hasil daripada seminar ini akan lahir satu 鈥楧okumen Fiqh Dakwah Malaysia Madani鈥 atau satu kerangka panduan yang boleh dijadikan rujukan kepada semua.

