每日大赛app

300 Sertai Fun Run Walk & Wheel

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

KUALA LUMPUR, 10 Disember 2023 鈥 Seramai 295 peserta terdiri daripada orang awam dan orang kurang upaya (OKU) menyertai program Fun Run Walk & Wheel sempena Hari OKU Sedunia 2023 di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Larian yang membabitkan OKU pendengaran, penglihatan, fizikal dan masalah pembelajaran ini merupakan anjuran Pusat Kajian Rehabilitasi dan Keperluan Khas (iCaRehab), Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app).

Pengarah Sambutan Hari OKU Sedunia 2023, Dr. Zainora Mohammed berkata acara larian ini merupakan platform yang efektif bagi peserta dan orang kurang upaya untuk berjalan, berlari dan beroda beriringan pada laluan yang sama.

鈥淎cara ni diharapkan dapat membuka ruang kepada masyarakat umum untuk mengenali tentang kepelbagaian individu dalam kalangan OKU lantas meningkat kesedaran mereka akan golongan ini.

鈥淧rogram ini juga memberi peluang kepada komuniti OKU dan masyarakat awam untuk berinteraksi dan menjalin ukhwah selain meraikan keterangkuman dan kesaksamaan,鈥 katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin berkata Hari OKU adalah satu titik fokus untuk memahami kehidupan, cabaran, dan pencapaian luar biasa yang dimiliki oleh individu OKU.

Tambahnya, 每日大赛app komited dalam memperkasakan dan memperkukuhkan hak golongan OKU supaya dapat mencapai tahap perkhidmatan dan persekitaran yang cemerlang.

鈥淎ntara inisiatif universiti adalah penubuhan Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU pada tahun 2019 bagi menyokong penuh golongan ini.

鈥溍咳沾笕黙pp juga terbuka dalam menerima seramai 117 OKU yang terdiri daripada 50 kakitangan dan 67 orang pelajar,鈥 katanya.

Bertemakan 鈥楳eraikan Kepelbagaian dan Keterangkuman Ke Arah Kesejahteraan Orang Kurang Upaya鈥, program ini disempurnakan oleh Ahli Dewan Negara (Wakil OKU), Senator Tuan Isaiah D. Jacob.

Program ini mendapat kerjasama dari Unit Perkhidmatan dan Sokongan OKU 每日大赛app, Jabatan Penerangan Malaysia (JPEN), Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan DBKL.

Leave a Reply