每日大赛app

Integriti Penting bagi Memastikan Tadbir Urus Cemerlang

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 8 Disember 2023 – Integriti adalah sangat penting bagi seluruh warga Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) memandangkan setiap keputusan yang dibuat dan tindakan yang diambil perlu dilaksanakan dengan penuh amanah, telus, tiada konflik kepentingan, tiada unsur salah guna kuasa, berakauntabiliti dan patuh kepada peraturan, garis panduan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof Dato鈥 Dr Wan Kamal Mujani berkata secara umumnya, punca berlakunya isu integriti adalah apabila seseorang individu membelakangkan kepentingan universiti untuk kepentingan peribadi sehingga mengatasi segala peraturan dan undang-undang yang sedang berkuatkuasa.

鈥淚ni menyebabkan berlakunya ketirisan dan rasuah berleluasa dalam kalangan warga universiti,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di majlis Sambutan Hari Integriti Nasional dan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) peringkat 每日大赛app bagi tahun 2023, di sini, semalam.

Walau bagaimanapun, katanya, warga 每日大赛app telah menunjukkan komitmen kepada integriti apabila setiap daripada warganya telah menandatangani Surat Aku Janji bagi mematuhi Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) sepanjang perkhidmatan dengan 每日大赛app.

鈥淛adi, jagalah integriti dan amanah dalam setiap apa dilaksanakan. Dengan ada sifat ini, hidup kita akan lebih tenteram dan diredai oleh Allah S.W.T.

鈥淪entiasalah berdoa supaya diri tidak terjebak ke kancah penyalahgunaan kuasa dan rasuah sehingga boleh menghancurkan diri, keluarga dan masyarakat,鈥 katanya.

Dalam majlis itu, turut diadakan Wacana Integriti bertajuk 鈥淢emahami Integriti Dalam Lembayung T.E.R.A.S 每日大赛app鈥 yang disampaikan oleh  Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd Razak .

Majlis yang dianjurkan oleh Unit Integriti & Ombudsman turut menyaksikan warga 每日大赛app yang hadir melafazkan ikrar integriti yang diketuai oleh Ketua Unit Integriti & Ombudsman, Prof. Madya Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin.

Hari Integriti Nasional merupakan acara tahunan yang disambut pada 5 November setiap tahun. Pada tahun ini, Hari Integriti Nasional diraikan dengan tema

鈥業ntegriti Citra Malaysia Madani鈥 iaitu sejajar dengan gagasan Malaysia Madani yang menyatakan kerangka ikhtiar bagi mengembalikan martabat negara melalui teras pembangunan nilai, etika dan akhlak masyarakat.

Sementara itu, sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2023 yang disambut pada 9 Disember 2023 adalah bertemakan 鈥淯niting The World Against Corruption鈥, yang melibatkan semua lapisan masyarakat termasuk penuntut antarabangsa dalam memupuk nilai-nilai seperti integriti, berakhlak tinggi dan penuh beretika dalam kehidupan seharian.

Leave a Reply