每日大赛app

每日大赛app Meterai Perjanjian Dengan Move Robotics Sdn Bhd Komersialkan OQ Sense鈩笍

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 4 Disember 2023 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) memeterai perjanjian dengan Move Robotics Sdn Bhd untuk pengkomersialan OQ Sense鈩笍 yang merupakan sistem penglihatan berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Produk OQ Sense鈩笍 ini telah mendapat perlindungan harta intelek bagi tiga kategori, iaitu paten, cap dagangan dan juga hak cipta.

Menurut ketua penyelidik dari Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat 每日大赛app, Prof. Madya Dr. Abdul Hadi Abd Rahman, OQ Sense鈩笍 menggabungkan pelbagai kamera kedalaman untuk menentukan kehadiran objek di persekitaran.

鈥淚anya direka bentuk untuk disepadukan dengan Autonomous Mobile Robot atau Robot Mudah Alih Autonomi (AMR) menggunakan sehingga enam kamera berbilang kedalaman yang diperuntukkan di bahagian bawah setiap sisi robot.

鈥淧engintegrasian AI dalam inovasi ini menawarkan penjejakan yang lebih berkesan serta pengesanan objek secara konsisten dan tepat.

鈥淚a berupaya untuk mengira margin selamat navigasi bagi AMR untuk melayari persekitarannya tanpa berlanggar dengan objek sekeliling.

鈥淚a juga boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi lain termasuk pengecaman muka, realiti terimbuh, kawalan gerak isyarat dan pengimbasan 3D,鈥 katanya.

Prof. Madya Dr. Abdul Hadi berkata, OQSenseTM merupakan solusi produk alternatif kepada penggunaan sensor Pengesanan dan Jarak Cahaya (LIDAR) untuk tujuan pengesanan objek persekitaran.

鈥淧roduk OQSenseTM adalah jauh lebih murah dan praktikal berbanding LIDAR.

鈥淚a mempunyai potensi untuk aplikasi yang melibatkan industri robot mudah alih dan boleh diadaptasi mengikut keperluan industri terutama sekali dalam industri perusahaan, logistik, serta komersil,鈥 katanya.

Beliau menjelaskan bahawa hasil pelesenan produk dengan Move Robotics ini mampu diperluas dan ditambah baik dari segi penggunaan robot industri terutamanya di Malaysia.

Perjanjian pengkomersialan tersebut disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, Pengarah Pusat Inovasi dan Pemindahan Teknologi 每日大赛app, dan Ketua Pegawai Eksekutif Move Robotics Sdn Bhd, Mohd Hazeli Rasul.

Leave a Reply