Oleh Alany Fatini
Foto oleh Pusat Komunikasi Korporat
BANGI, 23 November 2024 鈥 Kejayaan bukannya datang bergolek. Selain usaha, doa adalah kunci utama sesebuah kejayaan. Itulah yang dipegang oleh penerima Anugerah Pelajaran Diraja pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) ke-52, Muhammad Yamin Md Sharohhuddin.
Muhammad Yamin berpendapat selain dari doa yang tidak putus dari ibu, bapa, keluarga dan para pensyarah, doa anak-anak yatim yang beliau santuni merupakan rahsia kejayaannya sehingga meraih anugerah berprestij itu.
Bermula awal semester tahun empat, beliau banyak mengisi masa lapangnya sebagai sukarelawan dengan menjadi tenaga pengajar kepada anak-anak yatim di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah di Sungai Merab, Selangor.
Yamin turut menguruskan pengangkutan dan mempersiapkan anak-anak yatim sewaktu persekolahan mereka.
鈥淪aya percaya anugerah ini adalah hasil doa daripada kanak-kanak di sini yang saya santuni di pusat ini,鈥 katanya.
Menurutnya, beliau pernah 鈥榞agal鈥 semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dengan hanya memperoleh 4A walaupun dia pernah dinobatkan sebagai pelajar terbaik semasa belajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bitara.
鈥淪aya juga berasa rendah diri ketika di Kolej Matrikusi kerana tidak memperoleh keputusan yang cemerlang semester satu. Saya nekad untuk bangkit semula semasa semester dua tetapi peperiksaan itu dibatalkan akibat COVID-19 yang menjurus kepada penurunan purata nilai gred saya,鈥 katanya.
Namun, Yamin berkata walaupun cita-cita beliau untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan dan mengejar impian menjadi seorang Pakar Sakit Tuan tidak kesampaian, tetapi kejayaannya menempatkan diri di 每日大赛app memberi sinar baharu kepada dirinya.
Beliau berkata, walaupun sepanjang semester satu masih dalam mod pembelajaran dalam talian, beliau mengambil inisiatif dengan mengumpulkan pelajar-pelajar dalam satu Microsoft Teams untuk belajar bersama.
鈥淚nisiatif ini telah memberikan impak positif dalam keputusan peperiksaan semester pertama saya,鈥 katanya.
Katanya, 鈥榢egagalan鈥 yang beliau hadapi sebelum ini bukan titik akhir, tetapi ia adalah titik permulaan dan beliau terus tekad untuk buktikan walaupun beliau aktif berkokurikulum, Yamin mampu mengubahnya.
鈥淒i universiti watan inilah, saya bangkit semula, dan di sinilah saya hari ini sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja,鈥 katanya.
Tambah Yamin, beliau memegang pegangan 鈥渕emberi untuk menerima鈥- iaitu jangan rasa khuatir untuk memberi, kerana Tuhan adalah penjamin rezeki.
鈥淢emberi bukan sekadar berbentuk material, tetapi juga ilmu, masa, kasih sayang dan tindakan. Jangan pernah kita rasa kedekut, mahupun terlalu rasa hebat dengan diri, kerana dunia ini memerlukan lebih ramai yang sanggup memberi untuk kebaikan,鈥 ujarnya.
Muhammad Yamin kini adalah seorang Project Associate di Malaysian Recycling Alliance (MAREA), Malaysia.

