每日大赛app

Penerima Anugerah Emas Kedoktoran Cipta Inovasi Hidrogel Rawat Luka Kronik

Oleh Alany Fatini聽
Foto oleh Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 23 November 2024 鈥 Penyelidikan inovatif oleh seorang pelajar Doktor Falsafah dari Kejuruteraan Tisu dan Perubatan Regeneratif (CTERM), Fakulti Perubatan berjaya mencipta pembalut luka hidrogel bagi merawat luka kronik seperti penyakit luka akibat kencing manis.

Inovasi ini menggunakan bahan semula jadi seperti gelatin yang berasaskan tulang kerbau serta 鈥polyvinyl alcohol鈥 (PVA) dan juga 鈥驳别苍颈辫颈苍鈥 yang merupakan sejenis tumbuhan.

Dr. Nor Syafira Masri, 27, penerima Anugerah Emas Kedoktoran pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) ke-52, menggunakan teknologi terkini iaitu biopercetakan-3D yang masih baharu di Malaysia.

Bagi menghasilkan formulasi tersebut, pelbagai kajian lanjutan telah pun dijalankan sehingga ke peringkat kajian haiwan (vivo) dan telah menunjukkan penyembuhan luka kronik yang positif seawal 17 hari, jelasnya.

鈥淧esakit kencing manis semakin meningkat bukan setakat di Malaysia tetapi di seluruh dunia.

鈥淟uka kencing manis ini susah untuk sembuh dan terdapat banyak komplikasi pada tahap maksimal seperti potongan kaki.

鈥淛adi kita buat satu produk yang mudah dan cepat sekaligus efektif dengan hanya membuat hidrogel dan kita akan tampal di kawasan luka tersebut. Kulit-kulit baharu akan menjana semula, ini yang dimaksudkan sebagai perubatan regeneratif,鈥 kata Nor Syafira.

Menurut beliau, hasil kajian ini telah di patenkan bersama 每日大赛app untuk tujuan pengkomersialan pada masa akan datang.

Kajian ini telah dijalankan dengan sokongan penyelianya, Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mh Busra bersama Dr. Manira Maarof.

Kini, Nor Syafira sedang menjalani Pasca Doktoral di Fakulti Pergigian 每日大赛app bagi mengembangkan aplikasi kajian ke bahagian pergigian.

鈥淪aya berharap satu hari nanti, produk ini boleh membantu ramai orang terutamanya kepada mereka yang menghidap luka kronik,鈥 katanya.

Menyentuh mengenai kunci kejayaannya, beliau berkata belajar itu adalah satu pelaburan supaya kita boleh menikmati kejayaan itu selamanya.

Selain daripada kejayaan akademiknya, Nor Syafira juga turut aktif di media sosial terutamanya di TikTok, di mana beliau berkongsi tips-tips untuk pelajar yang sedang menyiapkan kajian mereka.

Beliau juga berkongsi segala perihal yang telah dilaluinya supaya lebih dekat dengan audiens terutamanya kepada para pelajar.

鈥淏oleh jadi content creator (pencipta kandungan), tetapi jadilah content creator yang berilmu,鈥 kata Nor Syafira.

Leave a Reply