每日大赛app

Kanser Ginekologi Meningkat Dalam Kalangan Wanita Muda

Oleh Murniati Abu Karim聽聽聽聽聽聽聽聽聽聽聽聽聽聽聽聽聽聽聽聽
Foto Ikhwan Hashim

Kanser ginekologi kini menjadi ancaman kesihatan utama dengan peningkatan kes yang membimbangkan, termasuk dalam kalangan wanita muda.

Barah ginekologi merujuk kepada sejenis kanser yang menjejaskan sistem reproduktif wanita, termasuk barah serviks, rahim dan ovari.

Profesor dan Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi, Prof. Dr. Mohamad Nasir Shafiee dari Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) berkata, perubahan pola ini amat merisaukan kerana ia berlaku pada usia paling produktif seorang wanita.

鈥淭ren terkini menunjukkan peningkatan ketara dalam kalangan wanita muda termasuklah mereka yang masih berada di usia awal 30-an.

鈥淚aitu suatu fasa kehidupan di mana fokus sepatutnya adalah membina kerjaya, membentuk keluarga dan merancang masa depan.

鈥淪aya sendiri pernah merawat pesakit yang berusia 25 tahun. Beliau belum berkahwin, belum berpeluang menimang cahaya mata namun, kini rongga rahim yang sepatutnya menjadi ruang kehidupan untuk bayi hidup selama sembilan bulan kini telah dijajahi oleh sel-sel kanser.

鈥淚a bukan sahaja meragut fungsi biologi tetapi turut meruntuhkan harapan dan peluang wanita tersebut untuk mengandung,鈥 katanya.

PUNCA KANSER GINEKOLOGI

Prof Nasir berkata antara faktor utama peningkatan kes ini ialah obesiti, diikuti sindrom ovari polisistik (PCOS), rintangan insulin, penggunaan ubat hormon berpanjangan serta faktor genetik.

鈥淪atu daripada dua wanita Malaysia mempunyai berat badan berlebihan. Obesiti bukan sahaja meningkatkan risiko barah rahim, malah dikaitkan dengan 14 jenis kanser lain,鈥 katanya.

Beliau mengingatkan bahawa gejala awal sering diabaikan kerana disangka perkara biasa.

鈥淗ampir 80 peratus pesakit kanser rahim mengalami pendarahan tidak normal. Jangan anggap ia sekadar perubahan hormon.

鈥淚ni adalah tanda amaran utama yang tidak boleh dipandang remeh. Namun, apabila sel kanser ini merebak ke bahagian badan yang lain, pelbagai simptom-simptom serius yang muncul menandakan bahawa penyakit ini sudah merebak dan lebih sukar dirawat.

鈥淥leh itu, sekiranya terdapat sebarang perubahan yang tidak normal pada kitaran haid ataupun pendarahan, hendaklah mendapat perhatian serius,鈥 katanya.

Selain itu, barah serviks kekal sebagai ancaman serius dengan enam wanita disahkan menghidap penyakit ini setiap hari. Lebih 90 peratus kes berpunca daripada jangkitan Human Papillomavirus (HPV).

鈥淚anya bersifat asymptomatic (tiada gejala), tidak sakit, tiada simptom dan biasanya dia akan hilang secara sendirinya,鈥 jelasnya.

Prof Nasir mengingatkan bahawa gejala ini tidak spesifik dan sering kali hanya muncul apabila kanser sudah berada di peringkat lanjut. Antaranya, pendarahan faraj yang tidak normal, lelehan berbau tidak menyenangkan, serta gangguan kencing.

鈥淜ehadiran simptom-simptom ini harus diambil serius dan segera dirujuk untuk pemeriksaan lanjut kerana ia boleh menandakan barah telah melarat,鈥 jelasnya.

Beliau turut menekankan kepentingan saringan dan vaksinasi HPV.

鈥淗anya 30 peratus wanita tampil untuk pemeriksaan pap smear walaupun ia telah lama diperkenalkan.

鈥淜ini kita ada ujian HPV DNA yang lebih efektif, hanya perlu dilakukan lima tahun sekali. Selain itu, vaksin HPV boleh mengurangkan hampir 95 peratus risiko barah serviks,鈥 katanya.

PENANDA BIOLOGI DALAM EDOMETRIOSIS DAN KANSER OVARI

Dalam dunia perubatan moden, penggunaan penanda biologi seperti CA125 dan CA19-9 memainkan peranan penting dalam diagnosis dan pemantauan barah ginekologi, terutamanya barah ovari dan rahim.

鈥淧enanda biologi berperanan penting kerana ia menunjukkan perubahan yang berlaku dalam tubuh, khususnya pada peringkat awal penyakit.

鈥淢elalui ujian darah, kita dapat mengesan perubahan biokimia sebelum sesuatu keadaan berkembang menjadi kanser.

鈥淚ni bermakna, walaupun belum ada tanda yang jelas melalui pemeriksaan fizikal atau imbasan, kita sudah boleh mengenal pasti potensi masalah melalui darah. Dengan maklumat ini, rawatan dapat dimulakan dengan lebih cepat, tepat, dan berkesan,鈥 katanya.

Namun begitu, salah satu kelemahan utama saringan penanda biologi adalah dari segi kos.

鈥淜ebanyakan ujian saringan, khususnya yang melibatkan penanda biologi, memerlukan perbelanjaan yang tinggi.

鈥淗al ini menjadi cabaran apabila ia ingin dilaksanakan secara meluas kepada masyarakat. Namun begitu, jika terdapat sokongan dasar dan subsidi daripada kerajaan, isu kos ini boleh diminimumkan.

鈥淧endekatan yang lebih menyeluruh dalam pelaksanaan juga dapat membantu memastikan ujian ini lebih mudah diakses oleh orang ramai,鈥 kata Prof Nasir.

CEGAH KANSER DARI AWAL

Prof. Nasir menekankan kepentingan memberi perhatian kepada langkah pencegahan yang boleh diambil.

Beliau turut menasihatkan agar setiap wanita sentiasa peka terhadap perubahan dalam diri sendiri dan tidak mengambil ringan sebarang tanda atau gejala.

鈥淭ahap pengetahuan dan kesedaran wanita tentang kanser masih berada di tahap kurang memberangsangkan.

鈥淪elain itu, sebanyak 64 peratus wanita yang didiagnosis dengan kanser mengalami krisis kewangan, manakala 19 peratus daripadanya jatuh ke lembah kemiskinan akibat penyakit ini.

鈥淛adi, pencegahan dan pengesanan awal bukan sahaja menyelamatkan nyawa, tetapi juga melindungi kesejahteraan keluarga,鈥 katanya.

Tambahnya, cabaran hidup pengidap kanser amat getir dan memerlukan sokongan yang holistik, mental dan psikologikal bagi memastikan kelestarian hidup yang berkualiti.

Leave a Reply