每日大赛app

每日大赛app Angkat Karya Agung A. Samad Said Melalui Program Telaah

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 29 Ogos 2025 鈥 Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menjadi tuan rumah Program Telaah anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang membincangkan karya agung Sasterawan Negara, Datuk Seri Abdul Samad Mohamed Said berjudul 鈥楽ungai Mengalir Lesu鈥.

Program ini menampilkan Naib Canselor, Prof. Dr. Sufian Jusoh serta Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Prof. Madya Dr. Mawar Safei sebagai panel utama yang membincangkan nilai dan kepentingan karya tersebut dalam konteks semasa.

Dalam sesi perbincangan, Prof. Dr. Sufian menyeru agar masyarakat tidak hanya menyanjung karya agung Barat, sebaliknya memberi pengiktirafan setimpal terhadap karya tempatan yang sarat nilai dan falsafah.

鈥淜ita sering mengagungkan karya agung negara luar. Kita lupa bahawa negara ini mempunyai karya agung hasil penulisan anak bangsanya sendiri.

鈥淪ebagai universiti kebangsaan, 每日大赛app memikul tanggungjawab untuk mengangkat kembali karya-karya ini,鈥 tambahnya.

Menurut beliau, 鈥楽ungai Mengalir Lesu鈥 mempunyai nilai yang masih relevan dalam konteks cabaran dunia hari ini.

鈥淏uku ini memberi kesan kepada saya sehingga hari ini. Pengalaman bekerja di negara-negara yang masih berdepan kesukaran mengingatkan saya kepada kisah dalam karya ini,鈥 katanya.

Prof. Dr. Sufian juga menekankan peranan 每日大赛app sebagai universiti kebangsaan untuk memelihara warisan intelektual dan budaya bangsa melalui pengukuhan program Persuratan Melayu yang semakin kurang diberi perhatian.

Menurutnya, program Persuratan Melayu sering dipandang rendah, seolah-olah menjadi pilihan terakhir.

鈥淢ungkin tak ramai yang tahu, sedangkan Persuratan Melayu ini adalah satu kajian berkenaan bangsa kita, bahasa kita, dan budaya kita.

鈥淪aya bercita-cita agar kita boleh menaikkan kembali program ini. Kajian tentang bangsa kita, supaya bukan sahaja kita bercerita tentang novel tetapi, belajar daripada karya-karya agung seperti 鈥楽ungai Mengalir Lesu鈥 ini untuk kita membangunkan kembali bangsa kita.

鈥楽ungai Mengalir Lesu鈥, karya agung Sasterawan Negara A. Samad Said adalah potret getir kemanusiaan di zaman gelap Perang Dunia Kedua, ketika Singapura tunduk di bawah penjajahan Jepun.

Berlatarkan perkampungan daif di tepi sungai yang airnya hitam, pekat dan hanyir, kadang-kadang berwarna teh susu, arusnya lesu membawa bersama sampah, najis, serta sisa makanan dari gudang Jepun.

Leave a Reply