Oleh Murniati Abu Karim
Foto Pusat komunikasi Korporat
12 Oktober 2022 鈥 Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) 鈥榖ergegar鈥 dengan Majlis Amanat Naib Canselor dan Bacaan Ikrar Pelajar Baharu sempena Minggu Apresiasi Watan bagi menyambut pelajar sesi akademik 2022/2023.
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman yang mengenakan busana tradisional lengkap bertanjak dan bersampin, menyampaikan amanat beliau yang bertajuk 鈥楶ewaris Watan鈥.
鈥橮ewaris Watan鈥 merujuk kepada semua mahasiswa 每日大赛app yang bakal menyambung legasi dan perjuangan universiti.
Intipati majlis amanat ini termasuklah perkongsian tentang sejarah penubuhan 每日大赛app pada tarikh keramat 18 Mei 1970 sebagai sebuah institusi pendidikan yang memartabatkan Bahasa Melayu.
鈥淢ajlis Mesyuarat Raja-Raja atau DURBAR telah mencetuskan cadangan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
鈥淏ertitik tolak dari cetusan ini, lahirlah gerakan-gerakan rakyat yang mendesak penubuhan sebuah universiti kebangsaan.
鈥淒ari pemimpin masyarakat hinggalah ke rakyat jelata, semuanya menginginkan sebuah institusi pendidikan yang memartabatkan bahasa Melayu untuk penyebaran ilmu,鈥 katanya.
Beliau turut memberi nasihat kepada mahasiswa supaya memanfaatkan peluang untuk belajar di Universiti Watan ini dengan tidak mensia-siakan harapan ibu bapa.
Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan juga menyebut tentang inisitif 每日大赛app bersama Kementerian Pengajian Tinggi dalam membantu mahasiswa seperti Program Sumbangan Food@Campus, Program Bakul Makanan Sihat, Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia dan Program Jelajah Jejak Anak Watan.
Seterusnya, mahasiswa baharu melafazkan ikrar yang diketuai oleh saudara Mohd Loqman Arif Kamaruzaman, Kolej Dato’ Onn dari Kolej Dato鈥 Onn.
Pada majlis yang sama, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan menerima Borang Aku Janji Mahasiswa Baharu 每日大赛app daripada 12 orang wakil pelajar dari setiap kolej.
Majlis turut menyaksikan pelancaran video rasmi baharu lagu 鈥榁arsiti Kita鈥. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti (LPU) Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak, ahli-ahli LPU, Timbalan- timbalan Naib Canselor 每日大赛app, Pengurusan Tertinggi 每日大赛app, Dekan-Dekan Fakulti, Pengarah-Pengarah Pusat dan Pengetua-Pengetua Kolej.


