Oleh Nur Aisyah Mohamed Rizal
Foto oleh Ikhwan Hashim
BANGI, 11 Oktober 2022 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dilantik sebagai Peneraju SDGs, Jawatankuasa Induk & Penarafan Kelestarian dan Jawatankuasa Healthy University Rating System (HURs), baru-baru ini.
Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata pelantikan itu adalah seiring dengan iltizam dan komitmen yang tinggi untuk seluruh warga 每日大赛app.
鈥淪aya menyeru agar seluruh warga 每日大赛app dapat memberikan komitmen yang jitu bagi membantu Pusat Strategi melonjakkan lagi penarafan 每日大赛app di peringkat antarabangsa, khususnya dalam konteks kelestarian universiti,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penyampaian Watikah Lantikan sebagai Peneraju SDGs, Jawatankuasa Induk & Penarafan Kelestarian dan Jawatankuasa Healthy University Rating System (HURs), di sini.
Beliau berkata, untuk penarafan kelestarian, 每日大赛app perlu merencana strategi yang betul agar universiti itu berada pada penarafan yang baik dan membanggakan.
鈥淚a bukan sahaja untuk memastikan kecemerlang dalam penarafan tetapi 每日大赛app harus menjadi contoh kepada universiti-universiti lain, agar mereka mengikut jejak langkah kita, terutamanya dalam memperkasakan t17 elemen di bawah SDGs, dan beberapa elemen utama di bawah HURs,鈥 katanya.
Ujar beliau, untuk tahun ini, 每日大赛app akan menyertai tiga penarafan berkaitan kelestarian iaitu THE Impact Ranking, UI-GreenMetric dan Healthy University Rating System (HURs).
鈥淛usteru, dengan pelantikan ini diharapkan penglibatan, dokongan dan iltizam yang diberikan oleh seluruh warga 每日大赛app dapat menghasilkan satu penarafan yang tinggi untuk universiti watan ini,鈥 katanya.
Beliau berharap agar satu Pelan Strategik Kelestarian 每日大赛app dapat dihasilkan melalui sinergi dan paduan ilmu serta kepakaran ahli-ahli dan jawatankuasa yang dilantik. 鈥淪emoga kita semua dapat bersama-sama segerak dalam mengatur strategi bagi memastikan universiti WATAN ini terus meneraju dalam bidang pendidikantingi negara,鈥 katanya.

